Akaun kelabkkrpsis.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BAYARAN YURAN KEAHLIAN KELAB KKR TAHUN 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami ingin mengucapkan Selamat Datang ke laman e-Portal rasmi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Politeknik Sultan Idris Shah.


KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kami doakan semoga seluruh Warga staf Politeknik Sultan Idris Shah sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera serta dapat menjalani kehidupan seharian dan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. 

JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PSIS 2019/2021

Terlebih dahulu, kami ingin memperkenalkan barisan Kepimpinan Kelab Kebajikan dan Rekreasi staf yang baru dilantik pada 6 September 2019.

Pengerusi Kelab
Muhamad Anuar Bin Marsib
Jabatan Pengurusan Dan Pembangunan Pelajar (JPPPel)

Timbalan Pengerusi
Mohd Emran Bin Sa'ad
Seksyen Governan


Setiausaha
Rajipah Binti Ibrahim
Unit Teknologi Maklumat


Timbalan Setiausaha
Masliza Binti Mohamed Yusoff
Unit Perhubungan Dan Komunikasi Korporat


Bendahari
Mastura Binti Mohamad
Jabatan Perdagangan


Timbalan Bendahari
Farah Natasha Binti Osman
Jabatan Kejuruteraan Elektrik

AJK-AJK lain (Akan dikemaskini dalam masa terdekat)...

MATLAMAT DAN PERANCANGAN AKTIVITI KELAB KKR 


Matlamat utama kewujudan Kelab ini adalah untuk menjaga Kebajikan Staf Politeknik Sultan Idris Shah. Disamping untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab.

Terdapat beberapa perancangan aktiviti Kelab bagi hujung tahun 2019 dan tahun 2020, antaranya:
  • Kebajikan Staf
  • Sukaneka /Aktiviti Riadah
  • Lawatan
  • Jamuan Hari Raya Aidilfitri
  • Majlis Korban dan Akikah
  • dan lain-lain
(Takwim aktiviti Kelab akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat JK Kelab KKR yang akan datang. Mohon bantuan tuan/puan untuk memberi cadangan atau maklumbalas semasa mengisi borang online di bawah)

Contoh Sumbangan Kelab Kebajikan Staf kepada Ahli Kelab 


(Nilai Sumbangan juga akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat JK Kelab yang akan datang. Mohon bantuan tuan/puan untuk memberi cadangan atau maklumbalas semasa mengisi borang online di bawah)

KUTIPAN YURAN KEAHLIAN KELAB KKR TAHUN 2019

Untuk menggerakkan semua perancangan aktiviti kelab ini, kami memerlukan dana sumbangan daripada setiap ahli kelab (Semua Staf PSIS secara automatik merupakan ahli Kelab KKR)

Seperti yang dibincangan dalam mesyuarat agong Tahunan Kelab KKR bertarikh 6 September 2019, semua ahli mesyuarat Bersetuju dengan Kutipan Yuran Keahlian Kelab sebanyak RM24.00 setahun.

Justeru itu, kami dengan rendah diri memohon bantuan semua ahli kelab untuk menjelaskan yuran Keahlian Kelab untuk Tahun 2019 sebanyak RM24.00 seorang.

Setiap ahli yang membayar yuran kahlian akan mendapat manfaat seperti berikut:
  1. Pelekat kenderaan Percuma
  2. Sampul Duit Raya Percuma (Akan diberikan pada bulan Ramadhan)
  3. Sumbangan-sumbangan seperti yang disenaraikan di atas
  4. Boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab KKR
  5. Cabutan bertuah (sila rujuk nombor invoice masing-masing yang akan dihantar melalui email setelah bayaran dilakukan)
Bayaran yuran boleh dilakukan secara Online dengan mengisi maklumat pada Borang di bawah. (Invoice akan dihantar melalui email setelah bayaran disahkan)


Nota : Sila simpan resit (invoice) bayaran yuran anda. Kami menyediakan hadiah Cabutan bertuah untuk pemilik Invoice bernombor 1, 2, 3, 4, 5, 9, 19, 29, 39, 49, 59, 69, 79, 89, 99, 109, 209, 259, 309, 359. Hadiah-hadiah boleh dituntut kepada puan Mastura Binti Mohamad (Bendahari Kelab).

Terima di atas kerjasama yang diberikan.

Doakan semoga kami dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga Staf PSIS.


Perlukan bantuan?