Akaun kelabkkrpsis.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sumbangan Dana Waqaf Untuk Keperluan Surau Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (Seikhlas Hati)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tuan/Puan yang sangat kami hormati sekalian..


Unit Pengurusan Kolej Kediaman, Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPPel) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) PSIS sedang mengumpul dana (wakaf) untuk menyediakan Kelengkapan Surau bagi kemudahan pelajar di Bangunan Akademik dan Kolej Kediaman.


Pada ketika ini Politeknik Sultan Idris Shah sedang melaksanakan projek menaik taraf surau di Bangunan Akademik dan Kolej Kediaman.


Terdapat 2 buah Surau di Bangunan Akademik iaitu:
- Surau Lelaki
- Surau Wanita


Manakala, Di Kolej Kediaman pula terdapat 8 buah surau untuk kemudahan setiap blok iaitu:
- Surau Blok A1 (Pelajar Lelaki)
- Surau Blok A2 (Pelajar Lelaki)
- Surau Blok A3 (Pelajar Lelaki)
- Surau Blok A4 (Pelajar Wanita)
- Surau Blok B1 (Pelajar Wanita)
- Surau Blok B2 (Pelajar Wanita)
- Surau Blok B3 (Pelajar Wanita)
- Surau Blok B4 (Pelajar Wanita)


Kelengkapan peralatan Surau yang diperlukan adalah seperti berikut:
- 10 Unit Rak Dinding (1 unit X 10 Surau)
- 30 Unit Al-Quran dengan terjemahan  (3 unit X 10 Surau)
- 100 Helai Sejadah (10 unit X 10 Surau)
- 10 Unit Cermin Dinding (1 unit X 10 Surau)
- 10 Unit Alas kaki (1 unit X 10 Surau)
- 10 Unit Ampaian (1 unit X 10 Surau)

dan

Sumbangan Wang Tunai Untuk Keperluan Surau (Seikhlas Hati)

  • Sumbangan ini sekiranya mencukupi akan digunakan untuk membeli langsir, penyapu tahi cicak, Buku bacaan Yassin & Tahlil, dan lain-lain keperluan surau.


Justeru itu, kami memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutamanya warga PSIS untuk menyertai program Wakaf ini dengan cara memberi sumbangan untuk membeli kelengkapan peralatan surau seperti di atas:  


Sekiranya tuan/puan sudi menghulurkan sumbangan, boleh salurkan sumbangan tersebut secara online menerusi borang di bawah. Tuan/Puan boleh pilih seberapa banyak sumbangan yang ingin diberikan secara ikhlas.


Hasil sumbangan yang tuan/puan berikan akan diserahkan kepada Unit Pengurusan Kolej Kediaman untuk melaksanakan pembelian kelengkapan surau tersebut. 


Semoga sumbangan anda akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
In Shaa Allah..


Untuk sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi:

  • 013-6409300 (Hj Che Samsuriza) 
  • 017-5717410  (En Ruslan)
  • 011-38221589 (En Anuar) 
  • 019-2637331 (En Emran)
  • 019-9454716 (Pn Mastura)


"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
- sedekahnya yang berterusan,
- ilmu yang memberi faedah, dan
- anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."

                                                                                                                    
   -Hadis Sohih-


Berikut merupakan Video Kempen Kempen sumbangan (wakaf) tersebut untuk rujukan Dan perhatian tuan/puan


Berikut pula merupakan Video cara-cara untuk membuat sumbangan. Semoga dapat memmbantu memudahkan urusan Tuan/Puan


Terima kasih di atas Sumbangan Tuan/Puan.
Kami doakan semoga Tuan/Puan akan dimurahkan rezeki dan diberi nikmat kesihatan yang berterusan.
In Shaa Allah.. Aamiin..

Perlukan bantuan?