Akaun kelabkkrpsis.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

YURAN KKR PSIS, STICKER KENDERAAN, DAN SUMBANGAN COVID-19/BENCANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami daripada Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Politeknik Sultan Idris Shah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2022. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat supaya dapat melaksanakan tugas seharian dipejabat dengan penuh bersemangat, muhibah dan kemesraan.

Sama-samalah kita berdoa supaya seluruh warga PSIS terhindar daripada segala musibah seperti Covid-19, bencana alam, menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya. Anggaplah segala yang berlaku ini merupakan ujian daripada Allah S.W.T untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hamba-hambanya.   


KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MATLAMAT DAN PERANCANGAN AKTIVITI KELAB KKR 

Matlamat utama kewujudan Kelab ini adalah untuk menjaga Kebajikan Staf Politeknik Sultan Idris Shah. Disamping untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab. Terdapat beberapa perancangan aktiviti Kelab sepanjang tahun, antaranya: 
  • Kebajikan Staf 
  • Sukaneka / Aktiviti Riadah 
  • Lawatan 
  • Jamuan Hari Raya Aidilfitri 
  • Majlis Korban dan Akikah 
  • dan lain-lain

*Nota : Bergantung kepada syarat SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dari masa ke semasa


KUTIPAN YURAN KEAHLIAN KELAB KKR 


Untuk menggerakkan semua perancangan aktiviti kelab ini, kami memerlukan dana sumbangan daripada setiap ahli kelab (Semua Staf PSIS secara automatik merupakan ahli Kelab KKR).


Seperti yang dibincangan dalam mesyuarat agong Tahunan Kelab KKR bertarikh 6 September 2019, semua ahli mesyuarat Bersetuju dengan Kutipan Yuran Keahlian Kelab sebanyak RM24.00 setahun.


Justeru itu, kami dengan rendah diri memohon bantuan semua ahli kelab untuk menjelaskan yuran Keahlian Kelab untuk Tahun 2022. Setiap ahli yang membayar yuran keahlian akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Sticker kenderaan percuma
  • Sampul Duit Raya Percuma  
  • Sumbangan-sumbangan kebajikan (Rujuk Jawatankuasa Kelab KKR dan wakil-wakil di jabatan)  
  • Boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab KKR 


Bayaran yuran Keahlian Kelab KKR Pada Tahun 2022 boleh dilakukan secara Online dengan mengisi maklumat pada Borang di bawah. (Invoice akan dihantar melalui email setelah bayaran disahkan)


PENGEDARAN PELEKAT KENDERAAN STAF PSIS 2022/2023 SECARA PERCUMA
Bagi tuan/puan yang masih belum mendapatkan Pelekat Kenderaan Staf PSIS 2022/2022 secara Percuma di Seskyen Governan PSIS, tuan/puan masih boleh berbuat demikian dengan syarat: 
  • Telah menjelaskan yuran Keahlian Kelab KKR pada tahun 2022


Sila jelaskan yuran Keahlian tuan/puan untuk membolehkan tuan/puan mendapatkan salah satu pelekat kenderaan di bawah secara Percuma. (Bayaran Yuran Keahlian KKR 2022 boleh di buat melalui borang di bawah).  

Pelekat Kenderaan ini boleh dituntut di Unit Pentadbiran (Seksyen Governan) dengan menunjukkan resit bukti pembayaran Yuran KKR 2022 yang dihantar oleh sistem ke email tuan/puan. Satu resit Yuran KKR 2022 hanya sah digunakan untuk mendapatkan satu unit pelekat kenderaan sahaja, samada Kereta atau Motorsikal. 
 


PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN STAF (TAMBAHAN)

Tuan/puan juga boleh membeli pelekat kenderaan tambahan dengan mengisi borang bayaran yang disediakan di bawah. Namun begitu bilangan pelekat kenderaan yang ada agak terhad. Tuan/puan hanya dibenarkan untuk membeli pelekat kenderaan mengikut had yang dibenarkan sahaja. 

Setiap Staf hanya dibenarkan mempunyai Maksimum 2 pelekat kenderan Kereta dan 2 pelekat kenderaan motorsikal sahaja
Sekiranya tuan/puan perlu mendapatkan pelekat kenderaan melebihi daripada bilangan tersebut, tuan/puan perlu mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah.


SUMBANGAN AMAL PKPB COVID-19/BENCANA SECARA ONLINE


Kami mengambil inisiatif menyediakan platform Sumbangan Amal COVID-19/Bencana secara online kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan. Tuan/Puan boleh menghulurkan sumbangan dengan seikhlas hati (Boleh pilih nilai sumbangan yang ingin tuan/puan berikan melalui platform yang disediakan).

Sumbangan ini akan digunakan untuk kebajikan warga PSIS yang akan dibincangan dengan pihak pengurusan PSIS dari masa ke semasa. Semoga sumbangan tuan/puan akan menjadi amal Jariah sebagai bekalan tuan/puan satu hari nanti.


Terima di atas kerjasama yang diberikan.

Doakan semoga kami dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga Staf PSIS.




Perlukan bantuan?